Selamat Berpuasa Di Bulan Ramadhan Al Mubarak

0
Posted by: BukH'z, 0 comments

Salam Ramadhan dan salam perkongsian untuk semua. Hari ini sudah masuk hari ke sembilan kita mengerjakan ibadah puasa, alhamdulillah.
Kedatangan bulan Ramadhan al-Mubarak iaitu bulan yang padanya penuh dengan segala keberkatan, limpahan rahmat dan keampunan dari ALLAH SWT. Jadi tidak hairanlah apabila tibanya bulan Ramadhan ini maka Rasulullah SAW dan para sahabat begitu gembira sekali serta tidak sabar-sabar menanti ketibaannya pada setiap tahun. Mudah-mudahan kita juga bergembira dan terasa rindu yang amat sangat untuk menyambut kehadiran bulan yang mulia ini sepertimana yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW
Pada bulan Ramadhan ini jugalah umat Islam diperintahkan untuk berpuasa yang merupakan salah satu dari Rukun Islam yang lima. Maka perintah seperti ini sudah pastilah mempunyai kelebihan dan keistimewaannya yang tertentu untuk diberikan kepada manusia.
Firman Allah Taala bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa. (Surah al-Baqarah: ayat 183)."
Berapa ramaikah daripada kalangan kita yang tidak tercapai hasratnya untuk merasai kemanisan dan kelazatan berada di bulan Ramadhan ini kerana telah dijemput menghadap ALAH terlebih dahulu? Berapa ramaikah yang masih mengharapkan tarbiah dan kelebihan dari Ramadhan untuk persiapan dirinya ketika mendapat ALLAH akan tetapi ajalnya datang terlebih dahulu? Hakikatnya ialah kita dipilih oleh ALLAH sekali lagi untuk mengecapi bulan Ramadhan ini.
Oleh sebab itulah maka bersyukurlah kita, di atas kesempatan yang telah diberikan oleh ALLAH untuk melaksanakan segala perintahNya dan rebutlah peluang di bulan Ramadhan ini dengan sebaiknya. Semoga kita semua tidak mensia-siakan peluang yang diberikan oleh ALLAH pada Ramadhan kali ini. InsyaALLAH.
ANTARA KEISTEMEWAAN DAN KELEBIHAN RAMADHAN

Pintu Syurga Dibuka Dan Pintu Neraka Ditutup.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Apabila datangnya Ramadhan maka dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka dan dirantaikan syaitan-syaitan. (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Hanya Orang Yang Berpuasa Dapat Memasuki Pintu Syurga ar-Rayyan.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Sesungguhnya di dalam syurga ada satu pintu yang dinamakan ar-Rayyan. Orang-orang yang berpuasa sahaja memasukinya manakala orang-orang lain selain mereka tidak dibenarkan. (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Orang Berpuasa Bergembira Ketika Bertemu ALLAH Taala dan Berbuka.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Bagi orang yang berpuasa itu merasai dua kegembiraan iaitu apabila berbuka puasa dia gembira dengan berbuka puasanya dan apabila dia bertemu dengan Tuhannya dia gembira dengan ibadat puasanya. (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Bau Mulut Orang Yang Berpuasa Lebih Wangi Dari Kasturi.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Demi ALLAH yang Muhammad berada di dalam genggamannya bahawasanya bau mulut orang-orang yang berpuasa itu lebih harum baunya di sisi Allah daripada bauan kasturi. (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Diturunkan al-Quran al-Karim.
Firman ALLAH Taala bermaksud:
Bulan Ramadhan yang padanya diturunkan (permulaan) al-Quran sebagai petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan perbezaan (menjelaskan di antara yang benar dan yang salah). (Surah al-Baqarah: ayat 185).

Amalan Puasa Dinisbahkan Khusus Kepada Allah Taala.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Allah Taala berfirman: Setiap amalan anak Adam adalah untuknya melainkan puasa. Ia adalah untukKu dan Akulah yang akan membalasnya. (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Malam Lailatul Qadar.
Firman ALLAH Taala bermaksud:
Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam kemuliaan (Lailatul Qadar). Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.(Surah al-Qadr: ayat 1 hingga 5).
.

"BEBERAPA PERINGATAN DAN NASIHAT SEPANJANG RAMADHAN UNTUK RENUNGAN BERSAMA"

1. Hendaklah menjaga mata daripada memandang perkara-perkara yang dicela oleh agama yang mana akan melalaikan hati serta jauh dari mengingati ALLAH Taala.
2. Hendaklah memelihara lidah dari berbohong, bercakap dusta, bermusuh-musuhan dan membangga-bangga diri.
3. Hendaklah menjaga telinga dari mendengar perkara-perkara yang tidak baik dan haram kerana Allah Taala menyamakan mendengar perkara yang haram itu seperti memakan yang haram.
4. Menghindarkan anggota badan yang lain dari berbuat dosa dan perkara-perkara yang dilarang.
5. Jangan makan terlalu banyak ketika berbuka sampai penuh perutnya.
6. Hendaklah hati kita itu merasa goncang antara harap dan cemas setelah selesai berbuka sebab kita tidak tahu apakah puasa kita itu diterima oleh Allah atau ditolak.
Sebelum mengundurkan diri saya tinggalkan anda semua dengan kata-kata ini  ”Akalmu senipis belahan rambut, tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu, jua hatimu bak kaca yang rapuh, kuatkanlah ia dengan iman yang teguh”
Salam Hormat
- Bukhari Brawi -


Salam Buat Semua

0
Posted by: BukH'z, 0 comments

It's Me and My Wife


Alhamdulillah, 
Diizinkan oleh ALLAH untuk mengemaskini blog yang "Baru Setahun jagung" ini selepas beberapa hari dikemaskini untuk tatapan kita bersama. 

Alhamdulillah!

Salam ramadhan saya ucapkan kepada semua pembaca blog. Semoga ramadhan yang bakal telah menjelang tiba ini memberikan penuh keberkatan dan keinsafan kepada kita semua.
Dari Abi Hurairah beliau berkata :Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :
“Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan.”
Hadis riwayath Bukhari, Muslim& Nasaaei.
Jadi marilah kita sama-sama mengambil peluang atas nikmat yang ALLAH berikan ketika ramadhan ini. Semoga kita beroleh keberkatan dalam apa juga yang dilakukan dan sentiasa diredhai ALLAH atas segala perbuatan yang kita lakukan. Amin....


 
photo

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer massa. Duis vel libero vitae leo placerat blandit. Sed a nisi ac turpis facilisis facilisis. Pellentesque ut enim. Nam mollis ante. Quisque a eros. Fusce rutrum. Donec suscipit lobortis turpis.

@Tue 24 Feb, 2009 20:16Green Banner: 24 February, 2009Green Banner Vector Graphic http://tinyurl.com/an5ptx

Template and Icons by DryIcons.com